TAK pasti sama ada perbuatan lelaki ni patut dikagumi / dikecam kurang bijak. Josh Miramant telah bertindak membuat sesuatu perkara yg luar biasa dan agak mengerikan selepas dia mencangkukkan payung terjun pd kulit badannya sebelum terjun dari tempat tinggi. Tidak pasti apa yg difikirkan serta disasarkan olehnya sehingga sanggup berbuat perkara sedemikian. Mungkin melakukan aktiviti payung terjun secara normal terlalu biasa dan bosan baginya? “Saya sangat terkejut apabila kanopi itu terbuka, saya tak terasa sakit lansung, ia memberikan adrenalin yg sangat hebat pd saya,” kata Josh. Sebaik sahaja selesai mendarat, bahagian belakang Josh yg dicangkuk dgn payung terjun kelihatan sedikit berdarah tetapi dia masih mampu mengukir senyuman kerana kepuasan yg diperolehi. Tak kisahlah apa yg dia rasa, mujur kulitnya itu tak terkoyak dan mengakibatkan kemalangan ngeri berlaku.
source : http://tribunnews.com, http://wikipedia.org, http://hatikeringg.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar