Kamis, 31 Desember 2015

Penjelasan Tentang Zina Hati

ohmlukas.blogspot.com - Alloh Subhanahu Wata'ala Berfirman ; خائنة الاعين وما تخفى الصدور‎
Artinya : Dan (Allah) mengetahui (pandangan) mata yg khianat dan apa yg di sembunyikan oleh hati. (QS. Ghaafir : 19)
Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata:
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نظر الفجاءة فأمرنى ان اصرف بصرى Aku bertanya kepada Rasulullah saw dari pandangan tiba2 (tdk sengaja) maka beliau memerintahkanku untk memalingkan pandanganku. (HR. Muslim)
makna pandangan tiba2 adlh pandangan kpd wanita ajnabiyah tanpa sengaja, tak ada dosa baginya pd pandangan pertama dan wajib untk memalingkan pd saat itu juga.
Apabila di palingkan pd saat itu jg maka tak berdosa tapi apabila terus-menerus memandang, maka berdosa berdasarkan hadist ini.
Seorang penyair berkata:
كل الحودث مبدأها من النظر * ومعظم النار من مستصغر الشرر.
كم نظرة بلغت فى قلب صاحبها * كمبلغ السهم بين القوس والوتى.
والعبد ما دام ذا طرف يقلبه * فى اعين الناس موقوف على الخطر.
يسر مقلته ماضر مهجته * لا محر حبا بسر ورعاد بالضرر.

Seluruh malapetaka sumbernya berasal dari pandangan dan besarnya nyala api berasal dari bunga api yg kecil.
Betapa banyak pandangan yg jatuh menimpa hati yg memandang sebagaimana jatuhnya anak panah yg terlepaskan antara busur dan talinya.
Selama seorang hamba masih memiliki mata yg bisa ia bolak balik maka ia sedang berada di atas bahaya di antara pandangan manusia. Menyenangkan mata apa yg menjadikan penderitaan jiwa sungguh tdk ada kelapangan dan keselamatan dgn kegembiraan yg mendatangkan penderitaan.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi s‎hallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
Sesungguhnya Allah menetapkan jatah zina untk tiap manusia. Dia akan mendapatkannya dan tak bisa dihindari: Zina mata dgn melihat, zina lisan dgn ucapan, zina hati dgn membayangkan dan gejolak syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu / mendustakannya. (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menjelaskan kepada kita hakikat zina hati yg dilakukan manusia. Membayangkan melakukan sesuatu yg haram, yg membangkitkan syahwat, baik dgn lawan jenis maupun dgn sejenis, itulah zina hati.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dlm riwayat yg lain bersabda:
الْعَيْنُ تَزْنِي، وَالْقَلْبُ يَزْنِي، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا الْقَلْبِ التَّمَنِّي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ مَا هُنَالِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ
Mata itu berzina, hati jg berzina. Zina mata dgn melihat (yang diharamkan), zina hati dgn membayangkan (pemicu syahwat yg terlarang). Sementara kemaluan membenarkan / mendustakan semua itu. (HR. Ahmad)
Syarah 'Uquudul lujain
(وَقَالَ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُتِبَ عَلَىَ ابْنِ آدَمَ) أي قضى عليه وأثبت في اللوح المحفوظ (نَصِيبُهُ مِنَ الزّنَا) أي مقدماته كما نقله العزيزي عن المناوي (مُدْرِكٌ) أي فهو مدرك (ذَلِكَ) أي ما كتب عليه (لاَ مَحَالَةَ) بفتح الميم أي لا بد ولا شك (فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النّظَرُ) إلى ما لا يحل (وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ) إلى ما لا ينبغى شرعا (وَاللّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ) بما لا ينفع دنيا ولا دينا (وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ) أي القهر والأخذ بالعنف (وَالرّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا) بضم الخاء المعجمة أي نقل الأقدام إلى مل لا يحل (وَالْقَلْبُ يَهْوَى) بفتح الواو أي يحبّ (وَيَتَمَنَّى) مالايحل (وَيُصَدّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ أَوْ يُكَذّبُه) أي بالإتيان بما < ص 17 > هو المقصود من ذلك، أو بالترك. رواه مسلم عن أبي هريرة.
Rosulullah SAW bersabda : Telah di tetapkan atas bani adam, jika tertulis di lauhil mahfudz ia berzina, maka itu akan terjadi, pasti ! Zina kedua mata adlh melihat pd hal yg tak halal baginya, Zina kedua kuping adlh ketika diperdengarkan pd hal yg tak sepantasnya di dengar menurut syara' , Zina lisan adlh digunakan untk mengatakan sesuatu yg tak ada manfaatnya bagi dunia dan agamanya, Zina tangan adlh merebut paksa , Zina kaki adlh digunakan untk melangkah/berjalan menuju tempat yg tak halal baginya, Dan hati ketika ditumpangi syahwat dan berharap sesuatu yg tak halal, adakalanya farjinya ikut membenarkan / menganggap itu hanya dusta.
Jadi, sesuatu yg hendaknya kita hindari itu adlh yg mengarah pd hubungan kelamin. Inilah yg dimaksud dgn sedangkan alat kelamin membenarkan / mendustakan itu [semua].
Dengan demikian, melihat nonmuhrim tak selalu merupakan zina mata. Yang tergolong zina mata (berzina dgn mata) adlh melihat dgn syahwat. Misalnya:memandangi foto porno, mengintip cewek mandi, dsb.
Secara demikian pula, menyampaikan kata-kata mesra kepada sang pacar bukanlah tergolong zina lisan. Yang tergolong zina lisan adlh yg disertai dgn nafsu birahi. Contohnya: ucapan mesum kepada sang kekasih, Aku ingin sekali meletakkan mulutku ke mulutmu berpagutan dlm ciuman.
Dengan demikian pula, merindukan si dia / pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia bukanlah tergolong zina hati. Pengertian zina hati (berzina dlm hati) adlh mengharap dan menginginkan pemenuhan nafsu birahi. Contohnya: berpikiran mesum, Kapan-kapan aku akan ke tempat kostnya saat sepi tiada orang lain. Siapa tahu dia mau kuajak ‘begituan’.
Demikian pula untk zina tangan, zina kaki, dan berbagai aktivitas mendekati-zina lainnya.
Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: Ya, itulah zina hati. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: Kerana kita mengingati seseorang yg ajnabi (bukan mahram) yg tak halal buat kita!!!
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adlh kerana dia ajnabi tak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dlm Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yg teringatkan perempuan ajnabiyyah yg tak halal buatnya?
Firman Allah dlm Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً

Dalam ayat ni dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yg bercerai dgn suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yg mengintai-intai peluang untk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dgn perempuan itu secara rahsia kecuali dgn berkata-kata perkara yg baik.
Syed Qutb dlm tafsirnya berkata: Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dgn kecenderungan fitrah yg halal pd asalnya, harus pd zatnya ... dan Islam itu tak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yg baru berpisah dgn suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yg mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dgn berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dgn dia secara rahsia).
Justeru apa yg dpt difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dlm mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yg bukan-bukan yg bertentangan dgn syarak’. Itulah apa yg sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yg ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tak melarang bahkan memberi izin.
Justeru, yg dimaksudkan dgn zina hati itu adlh hati yg menaruh niat untk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yg dimaksudkan dgn zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan / mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yg menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dgn zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yg akan menentukan berlaku / tak berlakunya zina).
Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dgn katanya:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dgn kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tak maka itu adlh Al-Lamam (dosa kecil). Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dlm kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).
Jadi, zina kecil yg disebutkan itu adlh yg mengarah pd hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong zina mata adlh pandangan yg menggoda dan penuh syahwat.
Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai zina lisan. Yang tergolong sebagai zina lisan adlh kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.
Begitu jg halnya dlm masalah mengingati / merindukan si dia / pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai zina hati. Pengertian zina hati adlh mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

Melihat perempuan itu haram
Mendengar suara perempuan itu haram
Mengingati bayangan perempuan itu haram
Semua itu adlh zina
Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.
Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yg datang daripada perempuan / segala yg datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tak sampai ke tahap itu diharamkan dlm Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adlh makan dagingnya sahaja.
Apakah sebenarnya pengharaman dlm masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, / haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?
Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram / pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya pandangan yg diharamkan adlh pandangan yg disertai dgn syahwat, pandangan yg menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.
Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram / suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya suara yg diharamkan adlh suara yg dilunakkan untk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yg diharamkan bukan semata-mata suara biasa.
Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram / ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya ingatan yg diharamkan adlh ingatan yg membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untk bersetubuh dgn perempuan dan bayangan yg membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yg diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.
Itulah hal-hal yg dipanggil zina kecil. Pengakhiran yg menentukannya adlh kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki / tidak.
SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?
Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dgn kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tak maka itu adlh Al-Lamam (dosa kecil). Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dlm kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).
Kata Ibnu Abbas pula:

"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).
Aku tak melihat sesuatu yg lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yg tak dpt tak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adlh pandangan, zina lidah itu adlh ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan / mendustakannya). Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).
Apa yg dimaksudkan dgn Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yg tak akan selamat daripadanya kecuali mereka yg dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).
Perkataan Al-Lamam ni disebut dlm firman Allah dlm Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ......
Maksudnya: Dan bagi Allah segala yg di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yg berbuat buruk dgn apa yg mereka kerjakan, dan membalas mereka yg baik dgn kebaikan. Mereka yg menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya...
Contoh daripada hadith ni mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:
نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).
Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pd sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adlh ingatan kepada mereka yg mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).
Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adlh dgn berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yg dibuat itu akan menghapuskan dosa yg dilakukan.
APA HUKUM BERCINTA?
Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dgn jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?
Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dgn jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.
Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah jg termasuk dlm perkara yg haram? Apakah yg salahnya di situ? Mungkin ada yg akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dgn melakukan perkara-perkara tak baik.
Baik kalau begitu, bercinta itu tak haram pd asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tak mematuhi batas-batas yg dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pd perasaan tersebut tetapi pd perkara luar. Atau dgn bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untk diharamkan.
Justeru, tak sepatutnya wujud antara kita yg semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yg menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adlh fitrah manusia yg suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.
Makan daging lembu itu adlh halal, tetapi makan daging lembu yg dicuri adlh haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu jg dgn cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dgn bukan mahram itu adlh satu perkara fitrah dan diharuskan dlm agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dgn kehendak untk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yg terjalin, perkara-perkara haram yg timbul perlu dibuang.
Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ni yg halal ni diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dlm sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yg kaya, tetapi dia cinta kepada yg miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tak melihat perkara yg sesuai bagi orang yg saling menyintai itu kecuali kahwin). Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa hadith ni sahih mengikut syarat Imam Muslim, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).
Nabi langsung tak mencela perasaan cinta yg dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yg sesuai kepada orang yg saling menyintai itu adlh kahwin.
Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): (Bekas) Suami Barirah adlh seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dgn bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dgn kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dpt kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: Aku tak punya hajat pd Mughith. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), jg Ibnu Hibban (10/96, no 4273).
Apa yg dpt difahami daripada hadith ni adalah:
1) Nabi tak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.
2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dgn memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.
3)Nabi tak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yg setia mengekori Barirah untk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dgn kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)
Lihat bagaimana ajaran Islam yg bersifat sesuai dgn realiti kehidupan berdepan dgn masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yg bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yg terlampau bersemangat dlm membasmi masalah gejala sosial, sehingga dlm sedar / tak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yg tak pernah wujud.
Islam datang bukan untk berkata: Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu, tetapi datang dgn mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.
Islam jg datang bukan untk mengatakan kepada kita: Jangan kamu membenci sesama kamu, tetapi datang untk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.
Jatuh cinta adlh perkara yg tak mampu dikawal, hal itu terletak pd kuasa Allah dan Allah tak akan menzalimi hambaNya dgn membebankan mereka dgn perkara-perkara yg tak mereka mampu melakukannya. Masalah yg diperbahaskan dlm ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.
Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dlm urusan berlaku adil antara isterinya dlm perkara yg melibatkan hati dan perasaan.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).
Maksudnya: Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dgn adil dan dia berkata: (Ya Allah, ni adlh pembahagian aku daripada apa yg aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pd perkara yg Engkau miliki tapi tak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yg dimaksudkan itu adlh perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).
Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yg beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dlm soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tak mencelanya pd perkara yg tak dimiliki olehnya dan tak termampu baginya untk melakukan.
Hal sebegini disedari dgn baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yg melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: Itu adlh perkara yg tak mampu dikawal. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.
Hal ni berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yg berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dlm sebuah hadith:
الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف. أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).

Maksudnya: (Roh-roh itu adlh ibarat tentera yg saling berpasangan, mana-mana roh yg secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yg tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).
CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN
1) "Astaghfirullahalazim! Apa yg telah aku lakukan? Bukankah berhubung dgn berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"
Komen saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yg timbul dlm hati itu dianggap haram dan berdosa???
2) Zinanya hati ni berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yg haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.
Komen saya: Masih gagal memahami maksud zina hati dgn baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???
Yang kedua, contoh yg diberikan itu satu pun tak termasuk dlm zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dlm bab zina hati, tetapi termasuk dlm bab lagho dan melakukan perkara yg harus dgn berlebihan.
3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa / pun keduanya?
Komen saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh... luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak...hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.
Adapun soal siapa yg berdosa dlm hal ini, jawabnya tiada sesiapa yg berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.
4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ni sudah berniat untk berkahwin, adakah rindu antara mreka jg dikatakan zina hati?
Maka menjawablah seorang ustazah: Yap!! selagi belum berkahwin.
Komen saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yg diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dgn baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?
5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yg kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dgn benda-benda yg lagho. Lupa mengingati Allah.
Komen saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dlm dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dlm kategori dosa kecil yg disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dgn melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.
Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adlh manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yg baik, jangan cuba menjadi malaikat.
Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dgn berkata: Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa. Sabda Nabi: (Demi Allah yg diriku dlm kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dgn kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937)
6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dgn dia, tak kiralah berjumpa / tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pd mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.
Komen saya: Pulak dah, ada beza pula ya antara yg bercouple dgn tak bercouple. Jawapan yg langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak.
7) Saya selalu digosip kawan-kawan dgn seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ni menyebabkan saya terpalit dgn dosa zina hati kerana mengingati seseorang yg bukan mahram dgn saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.
Komen saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yg bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, pak guard sekolah anda, perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu... Hai, mudah-mudah saja membuat hukum ya.
8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untk seketika / teringat selalu hingga termenung?
Menjawablah seorang rakannya: Teringat seketika / selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH.
Komen saya: Hohohoho...I’m speechless. Tak sangka, ada jg jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Macam tu sahabat Nabi pun kalah dgn awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dgn malaikat.
Dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adlh perkara yg mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tak sekali-kali membebankan manusia dgn perkara yg mustahil untk dilakukan.
Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dlm Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:
((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))
Maksudnya: ((Wahai orang-orang yg beriman, ingatilah Allah dgn ingatan yg banyak)).
9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dgn seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yg mengatakan bercinta adlh haram dlm Islam. Betul ke? bercinta jg mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?
Maka berfatwalah seorang rakannya: Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yg dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin.
Komen saya: Sama jg masalah dgn mereka yg sebelum ni. Keliru dgn maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati.
Adapun soal bercinta sebelum / selepas kahwin, kalau dimaksudkan dgn perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yg dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dlm hati. Kalau setelah melihat tapi tak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yg lain.
9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dgn bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?
Komen saya: Astaghfirullah, pandangan yg penuh dgn ta’annut dan tasyaddud. Gagal dlm memahami maksud zina hati dan zina kecil yg lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa pun nak dilabelkan sebagai zina, maka anda tersasar jauh.
Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tak boleh sewenang-wenangnya dgn mudah mengkategorikan hal itu dlm bab zina tangan tetapi dikategorikan dlm bab buat perkara lagho tak berfaedah.
Sudahlah gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yg melakukan zina kecil dgn mereka yg melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.
10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.
Komen saya: Fahaman yg jg tersasar.
11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yg kita hanya pernah berjumpa dengannya dlm mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati jg ke?
Komen saya: Lihat bagaimana kegagalan memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yg tak sepatutnya timbul.
12) Saya pun ada jg zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yg dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah.
Komen saya: Gagal dlm memahami zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe...lucu jg dgn petua yg diberikan.
13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita.
Komen saya: Masih jg tak faham-faham dgn maksud zina hati.
14) Zina hati yg paling ketara dlm jiwa remaja zaman sekarang adlh kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pd si dia. Bukti yg paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dgn beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dlm hati. Betul tak?
Komen saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tak termasuk dlm bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada termasuk dlm bab buat perkara-perkara tak berfaedah / lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yg poyo. Percintaan pra-matang remaja baru nak up.
Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yg tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dlm kitab Sahihnya (1/466, no 229).
14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tak merinduinya. Adakah ni tergolong dlm zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dgn maksud zina hati.
Komen saya: Apabila gagal untk memahami zina hati dgn baik, kemudian dimomokkan pula dgn fahaman-fahaman yg salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dgn mereka-reka perkara yg tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tak rindu, adakah ni jg termasuk dlm zina hati? Ahaha...
Tolonglah fahami maksud zina hati itu dgn baik, perasaan cinta antara kekasih dgn kekasihnya tak dikira zina hati, jg perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tak termasuk dlm bab zina hati, itu termasuk dlm bab berlebih-lebih dlm perkara-perkara yg harus. Yang menjadi zina hati adlh perasaan / keinginan hati untk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dgn kekasih tersebut. Faham!!!
15) Saya takut diri saya terjebak dgn zina hati apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dgn dia. Selalu terbayang dlm fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untk dia, bermesra dgn anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari zina hati? Saya jg tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yg buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dgn solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama.
Komen saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dlm zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dgn perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal.
16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yg bertentangan dgn Islam. Dan alhamdulillah saya jg telah mengambil langkah dgn bernikah dgn seorang gadis melalui cara yg lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.
Komen saya: Astaghfirullah, bercinta dgn seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dgn berkahwin dgn gadis lain?
Mengapalah terlampau cerdik sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yg anda perlu lakukan adlh bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut.
Firman Allah dlm Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.
((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))
Maksudnya: ((Sesiapa yg bertaubat selepas kezaliman yg dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)).
Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yg dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dgn memulangkan kembali segala barang-barang yg dicuri.
Seorang lelaki yg bercinta dgn seorang perempuan sehingga terjebak ke dlm perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yg dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dgn mengahwini perempuan itu.
Bukannya dgn memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dgn perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dgn perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?
Adakah pd pandangan anda perempuan itu tak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yg menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yg suci bersih walhal diri sendiri terpalit dgn kekotoran. Jenis manusia yg tak sedar diri.
17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yg ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yg akan jadi ibu kepada anak-anak ana.
Komen saya: Ke’tidak cerdikan’ yg sama berulang. Anda dah punya niat suci untk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pd pandangan anda.
Sepatutnya, baikilah apa yg anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih jg mengambil tindakan yg tak cerdik?
Wallohul Waliyyut Taufiq Ila Sabilul Huda

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Contact Us

Nama

Email *

Pesan *

D.M.C.A Disclaimer of Lukas Blog - All contents published under GNU General Public License.
All images/photos/videos found in this site reserved by its respective owners. We does not upload or host any files.