ohmlukas.blogspot.com - Persoalan yg dibangkitkan sdr Akmal Nasir pd sidang media harini:-
ADAKAH BENAR YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) MILIK YaPEIM DINAUNGI OLEH DATIN SERI ROSMAH MANSOR?
Saya telah membuat beberapa siri pendedahan sebelum ni yg menunjukkan bagaimana program-program luar negara yg dirasmikan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Hal Ehwal Islam termasuk di Washington D.C, Amerika Syarikat dan Paris, Perancis yg dibiayai menggunakan wang YaPEIM telah disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).
National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat semakan latar belakang PEMANGKIN dan menemui satu laporan akhbar Utusan bertarikh 27 April 2009 yg bertajuk Bantu Anak Miskin, Yatim yg telah melaporkan majlis pelancaran PEMANGKIN.
Berdasarkan laporan tersebut, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai penaung kepada PEMANGKIN yg mana majlis tersebut telah dihadiri sendiri oleh Dato’ Seri Jamil Khir.
Pada majlis pelancaran PEMANGKIN, sumbangan daripada YaPEIM adlh paling besar iaitu sebanyak RM 4 juta dgn jumlah dana yg terkumpul ketika itu adlh sebanyak RM 5 juta.
Sumbangan terus daripada orang ramai jg dikutip melalui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dilancarkan yg diberi nama sebagai Skim Sumbangan Amal Jariah untk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin.
Ini menimbulkan persoalan-persoalan yg perlu dijawab oleh Dato’ Seri Jamil Khir seperti berikut:-
1. Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada PEMANGKIN?
2. Apakah rasional Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada badan yayasan yg menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?
3. Adakah benar penubuhan PEMANGKIN adlh sebagai usaha bagi menangani masalah anak yatim dan miskin?
4. Apakah rasional untk PEMANGKIN terlibat dgn penganjuran Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan di luar negara?
5. Berapa ramai anak yatim dan miskin yg dpt dibantu oleh PEMANGKIN sekiranya wang YaPEIM tak dibazirkan untk perbelanjaan program-program luar negara dan sebaliknya digunakan untk tujuan amal jariah anak yatim dan miskin?
Berdasarkan fakta yg dikemukakan, ni jelaslah menunjukkan apa-apa sumbangan / wang yg diterima / disalurkan kepada PEMANGKIN termasuk duit orang ramai dan dana daripada YaPEIM adlh untk dibelanjakan bagi kegunaan amal jariah bantuan anak yatim dan miskin.
17 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)


Kamis, 31 Desember 2015
Terkini: Now Bongkar Bukti Terbaru Libatkan Rosmah Mansor dalam Dana Yapeim - Isu Semasa
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar